UST.HJ.MOHD ARIF al yamani, di lahirkan di kelantan pada tahun 1981,beliau mendapat Pendidikan awal di sek.ren.keb.pengkalan Salor, kemudian di sek.men.sultan ibrahim 1 pasir mas Kelantan.

 
Pada tahun  1998  mendapat pendidikan tahfiz di  masjidilharam mekkahtul mukarramah, kembali ke Malaysia meneruskan pengajian dan mandapat didikan daripada gurunya MAULANA JOHARI AL-JENDERAKI,di Maahad tahfiz Darul uloom al-islamiah, di kg,mat kilau jerantut Pahang.

 Kemudian thn 2001 menyambung pengajian di DARUL MUSTOFA,REPUBLIC OF YAMEN,Dan mendapat tarbiah didikan daripada gurunya Al-alamah HABIB OMAR BIN HAFIZ,Gurunya Habib Omar adalah salah seorang syeikh MUROB’BI yang berketurunan RASULLULAH S.A.W.

 Kemudian Pada tahun 2006 beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang,Jabatan Syariah Islamiah Universiti Al-azhar,Mesir.Tanggal 4 JUN 2008,Beliau telah menamatkan masa bujangnya,berkahwin dengan wanita pilihan hatinya Puan Zuraida Bt.Che Hamid di masjidil haram mekkah,Kini beliau menjadi pengurus di consultantnya ASTC di pusat niaga paka Terengganu.